4 Sebab Laptop Mati Secara Tiba-Tiba

Penjagaan Laptop
Tips Penjagaan Laptop Untuk Elakkan Dari Serangan Virus
01 Jul 2021
Tips Membeli Laptop
Tips Membeli Laptop Yang Boleh Anda Sebagai Panduan
01 Jul 2021
Laptop Mati

Laptop mati secara tiba-tiba merupakan antara masalah yang pernah di hadapi oleh pemilik laptop di negara kita. Ia merupakan masalah yang memeningkan kepala.

Laptop mati secara tiba-tiba, terutama sekali sewaktu kita berada dalam keadaan urgent, dan memerlukan penggunaan laptop pada waktu itu. Ia sudah pastilah akan mengganggu kerja kita dan menyebabkan segala kerja yang menggunakan laptop menjadi tertangguh yang sekali gus menambahkan lagi bebanan kerja buat kita.

Sebab Laptop Mati Secara Tiba-Tiba Yang Patut Anda Tahu

Laptop mati merupakan satu masalah yang sangat serius. Jika laptop anda mengalami masalah sebegini, ia menunjukkan bahawa laptop anda berada dalam keadaan yang teruk dan menunjukkan laptop anda bermasalah. Jika di biarkan tanpa sebarang tindakkan, ia akan menjadi lebih teruk. Justeru itu, kita perlulah mengelakkan dari masalah ini berlaku pada laptop kita sendiri. Jika di biarkan tanpa sebarang tindakan ia menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaikinya. Ada beberapa sebab kenapa laptop mati secara tiba-tiba. Antara sebabnya ialah:

1- Laptop Overheat

Salah satu punca utama kenapa laptop mati secara tiba-tiba adalah kerana, laptop mungkin berada dalam keadaan overheat. Overheat, biasanya berlaku apabila menggunakanya dalam tempoh masa yang terlalu lama. Di tambah pula dengan kipas laptop yang rosak dan tidak berfungsi, menyebabkan laptop tersebut menjadi cepat panas dan seterusnya menyebabkan komponen dalam laptop tersebut tersebut yang seterusnya menjadikan laptop mati secara tiba-tiba.Kipas laptop rosak biasanya di sebabkan kipas tersebut penuh dengan habuk atau tidak diservis sehingga menyebabkan udara terhalang dari keluar masuk.

2- Operating System Bermasalah

Operating system juga boleh menjadi salah satu punca kepada masalah laptop mati. Operating system, merupakan system yang terpenting di dalam sesbuah laptop. Dengan operating system inilah yang menjadkan sesebuah laptop atau pc itu dapat beroperasi dengan sempurna. Justeru itu, jika operating system tersebut rosak, sudah pastilah ia akan menyebabkan laptop tersebut mati secara tiba-tiba dan tidak dapat beroperasi dengan sempurna.

Baca Juga: Tak Boleh Connect WiFi, Internet Ada Tapi Tak Boleh Connect

3- Bateri

Bateri merupakan salah satu komponen laptop yang berfungsi untuk menjana kuasa bagi sesebuah laptop itu dapat berfungsi dengan baik. Justeru itu, tidak hairanlah bateri merupakan salah satu konponen penting dalam sesbuah laptop. Bayangkan, kalau laptop tidak mempunyai bateri. Sudah pastilah ia akan menyukarkan kita kerana terpaksa bergantung dengan wayar. Kalau tempat tersebut tidak mempunyai plug untuk kita sambungkan ke laptop memang sangat menyukarkan kita. Bateri yang rosak juga boleh menjadi punca kepada laptop yang mati secara tiba-tiba. Ini kerana, dsebabkan kerosakan yang di alami, ia menyebabkan bateri tersebut tidak dapat memberi kuasa yang mencukupi untuk laptop tersebut beroperasi.

4- Motherboard

Ada juga laptop yang menghadapi masalah sebegini disebabkan motherboard yang bermasalah. Biasanya, motherboard rosak disebabkan cara penggunaan yang tidak betul, motherboard yang tidak pernah servis dan sebab utama adalah kerana motherboard laptop tersebut terkena air. Jika motherboard terkena air ia menyebabkan komponen lain atau komponen di motherboard tersebut short atau terbakar yang sekaligus membuatkan laptop tersebut tiba-tiba menjadi tidak hidup.

Nak dapatkan tips berkaitan penjagaan laptop? Jom like FB Page Techouz.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BOOK NOW!