4 Tips Membeli Laptop Secondhand

Tips Membeli Laptop
Tips Membeli Laptop Yang Boleh Anda Sebagai Panduan
01 Jul 2021
Laptop Slow
5 Sebab Laptop Slow Dan Selalu Hang
01 Jul 2021
Laptop Secondhand

Pada waktu ini, Laptop Secondhand menajadi pilihan kebanyakkan rakyat di negara kita. Terutama sekali sewaktu proses PDPR sedang berlangsung.

Laptop Secondhand

Malah, boleh dikatakan, ia iabarat goreng pisang panas kerana permintaan yang laptop secondhand meningkat dengan sangat mendadak. Ini kerana, pada waktu ini, negara kita sedang berhadapan dengan wabak Covid-19 dan semakin hari jumlah jangkitan semakin meningkat. Di sebbakan itu, sekolah-sekolah di seluruh negara terpaksa di tutup dan proses pembelajaran terpaksa dilakukan secara maya di rumah.

Tips Membeli Laptop Secondhand Yang Wajib Anda Tahu

Justeru itu, untuk memudahkan proses PDPR, sudah pastilah para ibu bapa memerlukan gadjet yang bersesuaian. Sama ada telefon pintar mahupun laptop. Bagi pelajar pula, laptop sememangnya satu keperluan dan ia sangat penting bagi memudahkan untuk melakukan tugasan yang di berikan oleh pensyarah. Untuk membeli sebuah laptop baru, harganya pula mahal. Jadi, alternatif lain yang boleh di gunakan adalah dengan membeli laptop secondhand.

Laptop secondhand sering kali menjadi pilihan ramai kerana harganya yang lebih murah berbanding laptop baru. Tetapi untuk membeli laptop terpakai, ia perlulah beli dengan berhati-hati ia untuk mengelakkan anda mengalami kerugian nanti. Ada beberapa tips yang boleh anda gunakan sewaktu membeli laptop secondhand. Antaranya ialah:

1- Pilih Jenama Yang Ramai Orang Gunakan

Untuk pengetahuan, ada bermacam jenama laptop secondhand yang di jual di pasaran dan ada antaranya merupakan jenama laptop yang kita tidak pernah dengar atau tidak digunakan oleh kebanyakkan orang. Walaupun harganya sangat murah tetapi tengok kualiti laptop terlebih dahulu. Ini kerana, ada laptop yang di jual dengan harga yang sangat murah tetapi ia mungkin mmepunyai banyak kerosakan. Selain itu, ia juga aka memberikan kesukaran untuk anda hantar baiki laptop tersebut sekiranya rosak kerana kedai mungkin sukar untuk mencari alat ganti. Jadi, carilah jenama dan model laptop yang sering digunakan oleh orang ramai.

2- Pilih Processor Yang Bersesuaian

Walaupun ianya adalah laptop secondhand tetapi ada juga laptop terpakai yang menggunakan processor yang tinggi. Manakala, ada juga yang menggunakan sistem processor yang terlalu lama atau sudah usang. Processor yang terlampau lama akan menyukarkan untuk anda install software di dalam laptop anda kerana, ada sesetengah software yang tidak support processor yang terlampau lama. Jadi, nda perlu bijak memilih jenis processor yang betul-betul sesuai dengan kegunaan anda dan software yang bakal anda gunakan.

Laptop Secondhand

Baca Juga: Cara Lajukan Laptop, 5 Kaedah Cepat Dan Mudah

3- Kondisi Laptop Tersebut

Jika anda sudah menjumpai laptop yang anda berkenan, jangan terus beli. Sebaliknya, semak dahulu kondisinya luar dan dalam. laptop tersebut. Ia supaya laptop anda berada dalam keadaan yang betul-betul terbaik dan bebas dari segala masalah yang boleh memeningkan kepala anda. Jika semua okay barulah anda beli laptop tersebut dan bawa pulang.

4- Memori Laptop

Biasanya, laptop secondhand menawarkan memori dan juga ram yang kecil. Namun begitu, anda boleh memilih untuk menambah jumlah memori dan ram laptop tersebut sewaktu anda hendak membeli laptop tersebut nanti. Ada boleh minta penjual tersebut menambah memori dan ram laptop anda mengikut jumlah yang anda mahukan. Ianya akan dikenakan caj tambahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BOOK NOW!