5 Enjin Carian Selain Google Yang Patut Anda Tahu

Virus Komputer Paling Bahaya
5 Virus komputer Paling Berbahaya Sepanjang Zaman
19 Oct 2020
kedai repair laptop murah
Kedai Repair Laptop Murah & Cepat Seri Kembangan
03 Feb 2021

Assalamualaikum dan selamat datang sekali lagi ke Techouz! Google… Adalah enjin carian yang paling terkenal di seluruh dunia. Powerful dan diketahui ramai. Anda juga terpaksa akui, 95% daripada anda yang membaca artikal ini, adalah pengguna TEGAR Google. Betul? OK betul. Cuba bayangkan, kalaulah satu hari nanti Google collapse kerana virus, anda akan gunakan enjin carian yang mana pula ya? Hari ini kami akan perkenalkan anda dengan 5 enjin carian SELAIN Google yang patut anda tahu.

1. Bing Search Engine

Enjin Carian Bing

Mungkin ada yang pernah dengar search engine Bing ni. Tak hairan pun. Kerana Bing adalah enjin carian kedua paling terkenal selepas Google. Dengan 15.8% pengguna gunakan Bing dalam pasaran. Perbandingan yang kami dapat dalam carian kami antara Google dan Bing adalah seperti berikut:

  • Bing untuk Video adalah lebih baik berbanding Google. Dengan thumblr yang lebih besar, anda boleh play review video dengan hanya meletakkan “anak panah” ke atas video-video tersebut.
  • Bing sentiasa berikan 2 kali ganda cadangan carian berbanding Google.
  • Ini mungkin antara sebab anda perlu guna Bing. Enjin carian dalam membuat anggaran yang tepat untuk ketahui penurunan harga tiket flight.
  • Sekiranya anda gunakan teknik taip linkfromdomain: [site name], Bing akan berikan anda carian yang lebih tepat berbanding yang lain. Tak percaya? Boleh cuba.

2. DuckDuckGo Search Engine

Enjin Carian DuckDuckGo

Ini adalah pendatang baru dalam enjin carian internet. Sekitar tahun 2015, pengguna DuckDuckGo meningkat dengan mendadak dan lebih tinggi sebanyak 30% daripada Google. Antara strength utama DuckDuckGo adalah ianya tidak menyimpan atau menggunakan data pengguna. Ini adalah satu cabaran baru pada enjin-enjin carian internet gergasi yang lain. DuckDuckGo membawa satu arus baru yang paling diingini oleh semua pengguna… PRIVACY. Laporan daripada portal search engine watch menyatakan, DuckDuckGo akan jadi pesaing terdekat Google dan Bing dalam masa terdekat. Ada rasa nak try tak guys?

3. Quora

Quora

Quora… Sesuai digunakan oleh mereka yang suka bertanya, banyak soalan dan rasa ingin tahu yang tinggi.  Jika diletakkan Google sebagai penanda aras, Quora mungkin adalah pesaingnya yang terdekat dari sudut menjawab soalan-soalan pengguna. Ada pandangan yang mengatakan, Quora mampu menjawab soalan-soalan yang lebih sukar dan tak dapat dijawab oleh Google. Betul ke?

4. Dogpile Search Engine

Enjin Carian Dogpile

Dogpile boleh dikatakan “mencedok” dari hasil carian enjin yang lain seperti Google, Yandex dan Yahoo. Cuma, kelebihan Dogpile adalah menapis semua iklan daripada masuk ke zon carian anda. Untuk sebahagian kisi, enjin carian ini bagus untuk laptop anda jauh dari ancaman virus.

5. Vimeo

Vimeo

Sekiranya satu hari Google collapse, anda juga terpaksa lupakan Youtube. Oh tidak. Satu kenyataan yang agak ngeri untuk kita bayangkan. Habis semua video yang biasa kita cari selama ini di Youtube. Tapi jangan risau, Vimeo mungkin akan jadi alternative untuk anda menggantikan Youtube.  Vimeo menyediakan banyak video HD , menarik dan menghiburkan! Tak percaya? Cuba search tengok!

Zakaria Zarkasi
Zakaria Zarkasi
Founder & CEO at Techouz.com. An analytical thinker and goal-oriented entrepreneur. Interested in building high-impact and industry-leading businesses.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BOOK NOW!