5 Virus komputer Paling Berbahaya Sepanjang Zaman

MacBook and Windows Shortcut Keys
MacBook & Windows Shortcut Key Trick
19 Oct 2020
Enjin Carian
5 Enjin Carian Selain Google Yang Patut Anda Tahu
19 Oct 2020
Virus Komputer Paling Bahaya

Lebih 95% populasi manusia di dunia terdedah dengan pembangunan teknologi yang sangat pesat dan maju. Komputer riba atau laptop antara yang paling banyak digunakan dalam kehidupan kita seharian misalnya untuk berkerja, bersosial, design dan banyak lagi kegunaan lain. Dan kemungkinan anda sendiri pernah mengalami serangan virus komputer pada peranti anda adalah sangat tinggi.

Manusia semakin bijak menggunakan teknologi. Ada untuk kebaikan, dan tak kurang juga sebaliknya. Antara kebijakan yang disalahgunakan ialah dengan menghasilkan virus yang mendatangkan kerosakan dalam pelbagai bentuk dan kerugian jutaan ringgit, sama ada pada Windows, Linux mahupun Mac. Untuk artikal kali ini, kami kongsikan 5 jenis VIRUS KOMPUTER yang paling terkenal dan paling berbahaya sepanjang zaman (setakat ini).

1. MELISSA VIRUS

Melissa Virus

MELISSA VIRUS mula dikenali pada Mac 1999. Virus ini disebarkan melalui Microsoft Outlook Program dan kebiasaannya hadir secara tiba-tiba dalam senarai email. Kandungan email yang diterima mungkin kelihatan seperti attachment dalam email-email yang lain dan tidak mendatangkan sebarang curiga. Ini disebabkan oleh Macro. Macro adalah sejenis program komputer yang digunakan khusus untuk menghasilkan pautan (shortcut).

Macro ini dipautkan dengan Virus Melissa dan dihantar melalui email. Kesannya, sebaik sahaja pautan ini ditekan/dibuka, pautan tersebut akan bawa kepada puluhan malah ratusan laman sesawang porno! Rekod paling tinggi pernah dicatatkan, syarikat mengalami kerugian sebanyak 80 JUTA US DOLAR disebabkan MELISSA VIRUS ini. Founder MELISSA VIRUS, David Smith, ditahan seminggu selepas virus ini dilancarkan dan dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan dan 5000 USD denda.

2. ILOVEYOU VIRUS

ILOVEYOU Virus

1 tahun kemudian, sekitar tahun 2000, ILOVEYOU VIRUS mula mengambil tempat. Dalam masa 2 hari, virus ini telah merebak ke 45 juta komputer dan mengakibatkan kerugian sebanyak 10 Billion US Dollar! Dengan menggunakan WORM, iaitu sejenis program yang bergerak sendiri (stand alone program) yang tidak memerlukan host untuk di run, ILOVEYOU VIRUS akan mula merebak ke dalam komputer anda sebaik sahaja pautan tersebut (Biasanya dalam format txt.) ditekan.

Kesannya, virus ini akan mengubah kesemua fail dokumen yang diisi dengan gambar-gambar, audio, video mahupun dokumen word kepada fail “ILOVEYOU”. Keadaan ini dikenali sebagai Visual Basic Scripts. Bukan itu sahaja, kesemua content dalam fail-fail tersebut akan hilang! Virus akan mula merebak kepada senarai contact yang ada dalam Address Book.

3. SQL SLAMMER

SQL Slammer

SLAMMER adalah sejenis WORM yang mensasarkan SQL server yang menyimpan database dalam bentuk Microsoft SQL Server. SQL SLAMMER program akan re-program server dan menghasilkan duplicate serta re-copy WORM. Virus ini direkodkan sebagai virus yang paling pantas merebak, menjangkiti 75000 mangsa dalam masa hanya 10 minit.

Kesannya, jutaan server terkesan, seluruh internet menjadi perlahan, South Korea lumpuh kedua internet dan telefon bimbit, jadual penerbangan terganggu, urusan-urusan di bank tergendala, talian kecemasan terpaksa menggunakan buku nota dan kertas catatan untuk merekod perbualan dan kerugian hampir 1.2 Billion US Dollar! Lebih menarik, pihak yang bertanggungjawab hasilkan SQL SLAMMER tidak berjaya ditangkap hingga ke hari ini!

4. STORM WORM

Storm Worm

Virus ini juga disebarkan melalui email pada tahun 2007. Bezanya, STORM WORM virus tidak mengubah atau merosakkan komputer atau mengubah sebarang maklumat, sebaliknya ingin mengambil alih komputer.laptop anda! Modus operandi yang digunakan adalah menggunakan headline dalam bentuk berita semasa dan berikan pautan di dalam email. Sebaik sahaja pautan (link) itu ditekan, TIADA SEBARANG PERUBAHAN dapat disaksikan oleh mangsa. STORM WORM adalah invincible! Virus ini akan mula berkerja di sebalik tabir dan menyerang BOT-NET, jarinagn rangkaian komputer yang berfungsi memastikan sesebuah syarikat beroperasi dengan baik.

BOT-NET adalah tempat tersimpan semua maklumat persendirian, kata laluan dan lain-lain maklumat penting! STORM WORM Virus akan mula membiak dan menyerang komputer-komputer lain dalam rangkaian yang sama dan sukar untuk dihentikan, walaupun dengan adanya Anti-Virus! Kesannya, 1.5 juta mesin mengalami kerosakan dan, pada akhir 2008, tiada lagi sistem BOT-NET digunakan. Seperti SQL SLAMMER, founder STORM WORM gagal ditangkap!

5. MEBROOT/TORPIG

MEBROOT/TORPIG

Kedua ini adalah virus yang menarik. Cara sesebuah komputer sistem dijangkiti oleh virus ini adalah melalui muat turun rangkaian dalam media sesawang tanpa kita sedari. Virus ini akan menyerang bahagian Master Boot Record, salah satu bahagian Hard Drive Computer yang menyimpan instruction untuk sesebuah komputer melakukan start up. MEBROOT biasanya digunakan untuk mencuri maklumat peribadi pengguna.

Sementara itu, TORPIG virus pula menyerang dalam bentuk Man-In-The-Browser, juga untuk mencuri maklumat peribadi pengguna dan mengambil tahu semua tindakan yang diambil pengguna! Ala-ala STALKER and STEALER! Antara kesan yang dibawa oleh TORPIG virus, pada akhir 2008, virus ini berjaya mencuri info berkaitan akaun bank yang memiliki aset sebanyak 500,000 US Dollar! Seperti yang lain, founder virus ini masih gagal ditangkap!

Zakaria Zarkasi
Zakaria Zarkasi
Founder & CEO at Techouz.com. An analytical thinker and goal-oriented entrepreneur. Interested in building high-impact and industry-leading businesses.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BOOK NOW!