5 Sebab Laptop Slow Dan Selalu Hang

Laptop Secondhand
4 Tips Membeli Laptop Secondhand
01 Jul 2021
Laptop Slow

Saya selalu mengalami masalah laptop slow dan hang. Nak buat kerja pun jadi susah dan tergendala. Ini antara masalah yang selalu dihadapi oleh kebanyakkan dari kita.

Laptop Slow

Bila laptop slow sudah pastilah kita sukar melakukan sebarang kerja menaip. Laptop antara alat elektronik yang sering kita bawa ke mana sahaja. Ini kerana, saiznya yang lebih kecil dan ringan, memudahkan kita untuk membawanya dan melakukan segala tugasan di dalam laptop walau di manapun kita berada. Berbanding dengan komputer atau PC saiznya yang terlalu besar dan untuk menggunakanya kita perlu memasang pelbagai wayar yang berbeza, ia sangat memberi kesukaran buat kita untuk membawanya kemana sahaja.

Ada Beberapa Sebab Laptop Slow Dan Cepat Hang

Sudah tentulah kita mahu laptop berada dalam keadaan yang sangat baik dan tidak mempunyai masalah yang boleh memeningkan kepala. Terutama sekali masalah yang seringkali berlaku pada setiap laptop atau Pc iaitu laptop slow atau menjadi cepat hang. Tidak dinafikan sampai masa laptop kita akan mengalami masalah sebegini.terutama sekali laptop yang telah lama kita gunakan atau laptop yang usianya terlalu lama. Ia antara masalah yang seringkali kali berlaku pada setiap pengguna laptop. Ada beberapa sebab kenapa laptop menjadi slow atau hang. Antara sebabnya ialah

1- Ram Yang Terlalu Kecil

Ini adalah sebab utama laptop slow. Ram yang terlalu kecil menyebabkan kesukaran laptop kita untuk beroperasi dengan sempurna.Terutama sekali jika anda menggunakan processor yang lama dan software atau file yang terdapat didalam laptop tersebut yang besar memorinya. Untuk menggunakan software yang memorinya besar memerlukan jumlah ram yang lebih besar supaya laptop anda menjadi lebih lancar dan tidak tersekat.

2- File Atau Software Terlampau Banyak

Bukan itu sahaja, file atau software yang terlampau banyak juga menjadi slaah satu punca laptop slow dan tersekat. Ini kerana, jika fail atau software terlampau banyak, ia sudah pastilah memakan ruang memory yang banyak. Bila ruang memori yang digunakan terlampau banyak, ia akan menyebabkan operasi laptop anda menjadi perlahan sehingga nak buka file atau folder pun mengambil masa yang lama.

Baca Juga: Kedai Repair Laptop Murah KL Selangor Ambil & Hantar

3- Kipas Laptop Rosak

Laptop Slow

Setiap laptop mempunyai kipas di bawahnya. Ia berfungsi untuk menyejukkan laptop aobila panas kerana guna laptop dalam tempoh masa yang lama. Setiap laptop mempunyai saiz kipas yang berbeza-beza mengikut kegunaan dan software yang terdapat di dalam laptop tersebut. Lagi besar software yang terdapat di dalamnya lagi besarlah kipas laptop tersebut. Justeru itu, jika kipas tersebut rosak , ia akan menyebabkan laptop anda menjadi over heat dan seterusnya menyebabkan laptop slow dan juga lag.

4- File Terkena Virus

Ini juga boleh menjadi salah satu sebba laptop slow dan tersekat. Ini kerana, virus yang terdapat di dalam laptop akan merosakkan file serta software yang terdapat di dalam laptop tersebut. Jika terlampau banyak virus di dalam laptop tersebut, ia secara tidak langsung akan membuatkan memori laptop penuh dan seterusnya mengganggu kelajuan laptop kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BOOK NOW!