Cara Lajukan Laptop, 5 Kaedah Cepat Dan Mudah

5 Tips Penjagaan Laptop Yang Sangat Penting
26 May 2021
Skrin laptop rosak
Sebab Skrin Laptop Rosak & Cara Menjaganya
01 Jun 2021

Cara lajukan laptop memang ada! Lajukan laptop ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Laptop window 10 lambat? Masalah laptop/PC sering hang atau lag? Lambat loading? Bila tengok movies dan drama di laptop, video selalu sangkut-sangkut? Jangan terus beri tekanan pada diri sendiri. Jangan sampai diri bengang hanya kerana teragak-agak nak lajukan laptop tu. Mari sini kami ajar anda bagaimana cara melajukan laptop dengan cepat dan mudah.

Ada Beberapa Cara Lajukan Laptop Dengan Mudah Dan Cepat Yang Perlu Anda Tahu

Bila laptop menjadi slow atau tersekat-sekat sudah pastilah ia memeningkan kepala kerana, segala kerja yang sedang dilakukan pasti akan tertangguh. Waktu ini, memang stress sangat tambah pula ada kerja yang nak kena siapkan segera tapi jadi lambat sebab laptop buat hal.

Bagi anda yang mengalami masalah sebegini, anda tidak perlu pening kepala atau stress kerana ada cara lajukan laptop yang sangat mudah dan cepat. Apa yang lagi menarik cara ini sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melajukan laptop anda dan anda juga boleh melakukanya sendiri. Ada beberapa kaedah lajukan laptop yang boleh anda gunakan.

Antaranya ialah:

1- Kurangkan Startup Software

Ramai antara kita gemar menggunakan startup. Startup sebenarnya menjadi punca laptop anda menjadi lambat dan tersekat-sekat. Kalau lagi banyak startup yang anda gunakan ia menyebabkan laptop anda menjadi semakin slow. Maksud Startup ialah mana-mana software yang hidup atau jalan sendiri selepas sahaja anda on laptop. Jadi untuk mengelakkan laptop anda menjadi slow, tutup semua software startup yang berada di laptop anda.

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Tekan kekunci Windows + R serentak
  2. Taip msconfig pada ruang disediakan
  3. Klik pada tab Startup
  4. Untick segala perisian yang anda tidak mahu ianya launch semasa anda onkan laptop

2- Buang Segala Program Yang Tidak Digunakan

Satu lagi cara lajukan laptop adalah dengan membuang segala program yang tidak digunakan di dalam laptop anda. Jika terlampau banyak program di dalam laptop, ia juga boleh menjadi salah satu sebab kenapa laptop anda menjadi perlahan. Kadangkala kita install satu-satu program tersebut dan apabila sudah tidak gunakanya lagi, kita hanya biarkan program terebut di dalam laptop tanpa uninstallnya balik.

Akibatnya, ia menyebabkan memory laptop anda semakin berkurangan terutama sekali jika program mempunyai memory yang sangat besar. Jadi, untuk mengelakkan dari laptop anda menjadi perlahan, buang segala program yang sudah tidak di gunakan lagi

Baca Juga: 5 Tips Penjagaan Laptop Yang Sangat Penting

3- Install Antivirus

Cara lajukan laptop yang seterusnya ialah dengan menginstall antivirus. Selain dari program yang banyak, laptop juga boleh menjadi perlahan kerana mempunyai banyak virus. Jika di biarkan tanpa di buang ia akan menjadi lebih teruk yang seterusnya boleh menyebabkan laptop anda menjadi semakin perlahan. Jadi, untuk mengelakkan dari ia menjadi lebih terusk, anda perlu menginstall antivirus di laptop anda dan selalu buang virus yang terdapat di dalam laptop.

4- Tambah Ram

Cara lajukan laptop yang terakhir ialah dengan menambahkan ram laptop anda. Ada Juga laptop yang menjadi perlahan kerana ram yang kecil dan sudah tidak dapat menampung program di dalam laptop. Jadi, dengan tambah ram ia dapat melajukan laptop anda.

Jealous Tengok Laptop Member Laju Berdesup? Pakailah SSD

Anda tak jealous ke tengok laptop member laju je on? Rahsianya adalah pakai SSD (Solid State Drive).

Untuk pengetahuan ramai, SSD lebih laju daripada HDD (hard disk biasa). Desktop PC atau laptop yang menggunakan SSD akan jadi lebih laju berbanding laptop menggunakan HDD, kerana itu elok bertukar ke SSD.

SSD ni fungsinya sama saja dengan HDD tetapi mampu memberikan impak sehingga 20 kali ganda lebih laju berbanding hard disk biasa dalam laptop atau desktop PC. SSD turut mampu memproses data dengan lebih cepat.

SSD laptop price Malaysia by Techouz

Harga pasang SSD di laptop tidaklah terlalu mahal sebagaimana yang dibayangkan. Techouz boleh bantu pasang laptop atau PC anda ke SSD dengan harga yang murah, InshaAllah. Anda boleh survey harga di pasaran dan bandingkan dengan harga Techouz di lamanweb utama kami. Kami mampu memberikan anda servis yang terbaik dengan harga upah pasang SSD yang sangat berbaloi.

Cara Tukar SSD Laptop Dengan Techouz

SSD memang patut dipasang pada setiap laptop atau PC dan memang ada cara dan panduan untukcara pasang ssd di komputer jenis desktop PC atau laptop. Tetapi untuk apa nak peningkan kepala sendiri? Dengan menggunakan khidmat kami, anda tak perlu bersusah payah untuk muat turun dan pasang perisian SSD pada komputer. Tak perlu juga nak sakit kepala untuk buat setting.

Langkah 1 : Layari lamanweb utama kami DI SINI

Langkah 2 : Masukkan lokasi anda, jenis servis (upgrade) dan pilih jenis SSD yang ada. Jika kurang jelas boleh terus contact pihak kami untuk bimbingan nasihat.

Jangan biarkan laptop atau PC anda terus lembap! Elok tukar HDD kepada SSD untuk jadikan komputer lebih laju. Laptop lama bila upgrade ke SSD pun boleh jadi laju balik seperti baru.

Nak dapatkan tips berkaitan penjagaan laptop? Jom like FB Page Techouz.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BOOK NOW!