Keyboard Komputer Kena Air? Segera Lakukan Ini!

Tips Beli Laptop Yang Bagus Untuk Kerja, Guru & Student
23 Feb 2021
kenapa perlu servis laptop
Kenapa Perlu Servis Laptop, Apa Kebaikannya?
27 Feb 2021
keyboard komputer kena air

Keyboard komputer kena air? Sudah tentu akan panik! Jika keyboard PC mudah sikit, boleh beli keybaord yang baru tapi jika keyboard laptop kena air, boleh menangis. Bila keyboard laptop kena air mulalah salahkan diri kerana tak pakai keyboard cover. Sekurangnya jika air tumpah, tidaklah air terus masuk dalam laptop.

Bila keyboard laptop kena air, memang sedih !!!
Keyboard laptop kena air boleh berlaku secara tidak sengaja

Keyboard merupakan aksesori laptop yang paling mudah terdedah untuk air masuk dan jika hardisk sudah basah terkena air  ia akan memberi masalah yang lebih besar. Tapi perkara sudah berlaku, menyesal pun tak guna melainkan cepat-cepat ambil langkah awal sebelum kerosakan laptop menjadi lebih teruk!

Anda perlu segera bertenang dan bertindak dengan pantas! Kebanyakan pemilik laptop akan terus menjadi panik hingga tidak tahu untuk buat apa-apa tindakan.

Jangan panik, segera bertindak untuk selamatkan laptop kesayangan anda!

Keyboard Komputer Kena Air, Ini Langkah-Langkahnya

Jangan Panik & Segera Off Laptop

Bila air dah tertumpah ke atas keyboard laptop, mula-mula kena OFF (matikan) dulu laptop walaupun kerja belum siap. Cabut bateri dan charger. Segera matikan laptop kerana air akan semakin masuk ke dalam keyboard komputer.

Terbalikkan Laptop

Segera terbalikkan laptop serta sediakan juga kain tebal atau tuala yang boleh menyerap air. Jika laptop keyboard tu kena air bergula atau air panas maka keyboard perlu di cuci dengan air sejuk kerana takut air gula itu akan melekat pada keypad bila sudah kering nanti.

Keringkan Laptop

Boleh guna hair dryer sebagai salah satu cara untuk keringkan laptop tapi suhu jangan terlalu tinggi. Takut rosak pula keyboard dan laptop tu nanti akibat suhu yang terlalu panas.

Jika tak ada hair dryer, parking kereta di tempat yang agak panas, letakkan surat khabar di dalam kereta, kemudian letakkan laptop di atas surat khabar tersebut sehingga betul-betul kering.

Cuba On Laptop Bila Sudah Betul-Betul Kering

Ada di antara pemilik laptop yang cuba untuk On laptop dengan cepat untuk lihat jika laptop masih boleh berfungsi. Cara yang betul jangan ‘hidupkan’ semula laptop tersebut selagi laptop belum betul-betul kering.

Laptop kena air mati total ataupun masih hidup, jangan terus cuba untuk digunakan. Kerosakan dalaman kita tak tahu. Kena pastikan laptop benar-benar sudah kering dengan menggunakan cara pada langkah 3, setelah dirasakan kering barulah boleh cuba On.

Penting! Segera Dapatkan Bantuan Pakar

Jika orang sakit perlu segera cari doktor, keyboard laptop kena air juga begitu. Perlu segera cari technician pakar baiki laptop untuk bantu selamatkan keadaan. Lagi cepat anda bertindak, lagi senang laptop dapat diselamatkan. Kos baiki juga tidak besar jika anda segera bertindak.

Techouz Boleh Bantu Selamatkan Keyboard Komputer Kena Air Untuk Anda!

Tindakan bijak anda boleh selamatkan laptop dan wang sendiri

Kami di sini memang ada kepakaran untuk bantu baiki laptop yang terkena air. Walaupun keyboard laptop kena air biasa, air kopi atau apa saja, kami sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Jangan malu bawa laptop dengan keyboard komputer kena air kerana perkara sebegini sudah sering berlaku.

Anda tidak patut berasa malu dan menganggapnya sebagai kecuaian. Perkara sudah berlaku. Yang penting tindakan anda yang selanjutnya bagaimana untuk selamatkan laptop tersebut. Lambat bertindak atau sama sekali tidak berbuat apa-apa hanya akan menyebabkan laptop anda mati total dan punah untuk selamanya.

Kedai Repair Keyboard Laptop Murah KL

Harga keyboard laptop mahal juga. Dari perlu keluar duit yang banyak untuk beli baru, ada baiknya baiki keyboard laptop dengan harga yang lebih murah.

Technician di Techouz bukan saja mampu baiki keyboard laptop kena air malah mempunyai kepakaran untuk baiki masalah keyboard yang lain juga. Terdapat banyak punca keyboard laptop boleh rosak, bukan hanya jika terkena air minuman atau air hujan.

Keyboard laptop anda ada butang tak boleh tekan?

Keyboard tidak keluar huruf?

Tekan huruf lain pada keyboard tapi huruf lain yang muncul di skrin?

Pakar-pakar di Techouz ada cara betulkan keyboard laptop untuk pelbagai jenis masalah dengan harga yang murah! Mungkin anda pernah repair laptop sampai mencecah harga yang tinggi. Anda juga mungkin pernah survey harga tukar keyboard laptop ACER tapi di sini, anda tidak perlu rungsing tentang perkara tersebut.

Kamiboleh tolong tengokkan dan beri sebut harga dengan jelas. Jika anda rasa okay dengan sebut harga tersebut maka servis baiki keyboard laptop akan segera dilakukan. Kami juga tidak akan menyembunyikan sebarang caj tambahan.

Cari Kedai Membaiki Laptop Murah di KL, Seri Kembangan dan Selangor

Bagaimana cara untuk dapatkan perkhidmatan dari team Techouz, pakar baiki keyboard laptop murah di KL, Seri Kembangan, Bangi dan Selangor ini?

#1 – Layari lamanweb kami dan pilih perkhidmatan atau jenis pembaikan yang anda perlukan. Anda boleh membuat perubahan bila-bila masa dan melihat dengan tepat berapa harganya.

#2 – Bandingkan harga terjamin dengan serta-merta dari pelbagai pilihan juruteknik yang ada. Baca ulasan pelanggan sebenar untuk pilih juruteknik terbaik berdasarkan pilihan anda sendiri.

kami ada ramai technician untuk anda pilih

#3 – Daftar untuk membuat tempahan kemudian tunggu. Techouz akan bantu menangani semuanya untuk anda.

#4 – Bayar hanya apabila perkhidmatan telah selesai. Anda boleh memilih untuk membayar secara tunai semasa penghantaran, melalui perbankan dalam talian (FPX) atau dengan kad debit / kredit.

Keyboard komputer kena air? Apa patut buat? Siapa boleh bantu? Berapa harga untuk baiki keyboard laptop kena air? Di manakah kedai baiki laptop murah KL Seri Kembangan Selangor dengan harga yang murah? Kini anda sudah tahu jawapannya!

Baca juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BOOK NOW!