Sebab Skrin Laptop Rosak & Cara Menjaganya

Cara Lajukan Laptop, 5 Kaedah Cepat Dan Mudah
01 Jun 2021
Menjaga Laptop
Menjaga Laptop- Cara Betul Untuk Menjaga Laptop
28 Jun 2021

Skrin Laptop rosak merupakan salah satu masalah yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Seseorang yang bekerja dengan laptop pasti terasa peritnya bila laptop tiba-tiba rosak.

Bila skrin laptop rosak atau menjadi gelap dengan tidak mengeluarkan paparan, itu tandanya komputer riba sedang bermasalah dan perlu segera dibaiki. Selalunya, skrin rosak jadi gelap begini akan tahu semasa menghidupkan komputer riba. Kipas laptop berpusing seperti biasa tapi tiada apa-apa paparan yang muncul pada skrin, hitam sepenuhnya.

Bila terjadi masalah sebegini, ia perkara yang amat memeningkan kepala kerana ia akan menyukarkan kita membuat tugasan di laptop. Jadi, sudah pastilah anda perlu membaiki skrin laptop untuk memudahkan tugasan kita.

Ada Beberapa Sebab Skrin Laptop Rosak & Menjadi Gelap

Ada antara anda yang pernah mengalami maslaah skrin laptop rosak dan menjadi gelap. Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa skrin laptop bermasalah? Apa Sebabnya? Sebenarnya ada beberapa sebab screen laptop boleh rosak dan ada yang boleh rosak dengan teruk. Kadangkala kita tidak sedar, Cara penjagaan screen laptop juga menjadi salah satu sebab screen laptop kita menjadi rosak. Ada beberapa sebab kenapa screen laptop anda rosak.

Antaranya ialah:

1- Cara Penjagaan Skrin Laptop Yang Tidak Betul

Sebab utama kenapa skrin laptop rosak adalah kerana penjagaan screen komputer riba yang tidak betul. Kebanyakkan dari kita tidak mengambil berat soal penjagaan skrin laptop. Sekali sekala lap skrip laptop anda dan sentiasa pastikan skrin laptop anda berada dalam keadaan yang baik. Jika ada kerosakan cepat-cepat hantar baiki jangan biarkan ia makin teruk.

2- Hempap Laptop

Ini Juga menjadi salah satu sebab kenapa skrin laptop rosak. Ada yang gemar, meletakkan benda keras di atas keyboard laptop. Sebenarnya, tindakan sebegini boleh memberi kesan buruk kepada skrin laptop anda. Ini kerana apabila skrin laptop terkena objek yang keras atas keybard tersebut, ia akan menekan menekan objek tersebut dan seterusnya merosakkan komponen dalam skrin tersebut.

3- Menekan Skrin

Siapa dekat sini suka tekan skrin komputer riba. Lepas ini anda perlu elakkan tabiat sebegini. Tindakan menekan screen komputer boleh merosakkan komponen dalam screen tersebut, yang seterusnya menjadi punca kepada skrin laptop rosak. Tekan skrin kuat sangat ini juga menyebabkan retak dan kerosakan pixel pada skrin. Menunjuk skrin dengan benda tajam juga salah.

4. Buka Laptop Dengan Kasar

Buka dan tutup laptop dengan kasar boleh menyebabkan skrin patah. Ia juga boleh menyebabkan cable skrin longgar atau tercabut.

Baca Juga: 5 Tips Penjagaan Laptop Yang Sangat Penting

Tanda-Tanda Skrin Komputer Riba Anda Bermasalah

Macam mana hendak tahu skrin komputer riba bermasalah? Ada beberapa tanda yang menujukkan skrin laptop anda bermasalah. Antaranya ialah:

1- Skrin Laptop Retak

Skrin laptop yang retak akan kelihatan seperti garisan pecah dan merekah pada skrin. Retak yang teruk akan menjadi sebab yang teruk kepada masalah lain seperti skrin berjalur, dan skrin tidak bernyala apabila laptop dihidupkan.

2- Skrin Mengeluarkan Garis Halus

Garis-garis halus pada skrin komputer, biasanya muncul dengan dua cara iaitu secara melintang atau menegak.Tetapi ada sesetengah skrin yang rosak, mengeluarkan warna-warni sehingga mengganggu penglihatan anda untuk membuat kerja di laptop.

3- Skrin Menjadi Malap

Senang je nak kenal pasti masalah srin menjadi malap ini. Iaitu, apabila anda sudah naikkan kadar pengcahayaan laptop anda pada tahap maksima tetapi cahaya skrin laptop masih malap. Bukan itu sahaja, ada juga yang pada mulanya cahaya skrin cerah tetapi kemudian makin malap. Ada juga skrip laptop yang hanya malap di bahagian-bahagian yang tertentu sahaja.

Apa Tanda Skrin Laptop Mula Rosak? Ini Jawapannya!

Tak Ada Masa Bawa Laptop Datang Kedai Repair? Kami Boleh Ambil dan Hantar, Siapa Dalam Masa 1 Hari!

Nak dapatkan tips berkaitan penjagaan laptop? Jom like FB Page Techouz.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BOOK NOW!