Tips Beli Laptop Yang Bagus Untuk Kerja, Guru & Student

kedai repair laptop murah
Kedai Repair Laptop Murah & Cepat Seri Kembangan
03 Feb 2021
keyboard komputer kena air
Keyboard Komputer Kena Air? Segera Lakukan Ini!
24 Feb 2021

tips beli laptop

Apakah tips beli laptop yang bagus? Panduan membeli laptop baru memang patut kita tahu supaya tak tersalah beli. Laptop bukan sebuah gadget yang boleh dibeli begitu saja berdasarkan harga. Laptop perlu di beli dengan mengambil kira beberapa aspek.

Di sini akan dikongsikan beberapa tips penting cara membeli laptop terbaik mengikut spefikasi dan kegunaan. Tips ini boleh dijadikan panduan untuk membeli laptop untuk kegunaan urusan kerja, guru, pelajar, student universiti dan banyak lagi.

Tips Beli Laptop : 7 Cara Supaya Tak Salah Pilih

gambar : sumber Google

Tips-tips untuk membeli laptop ini agak banyak juga. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum beli sebuah laptop adalah :

#1 – Saiz

Untuk komputer riba, saiznya penting. Saiz komputer riba selalunya pada ukuran 11.6 inci sehingga mencapai 17.3 inci. Sebilangan besar jenama laptop seperti HP, Dell, ASUS dan Acer menawarkan beberapa saiz yang menarik. Ambil kira ukuran saiznya berdasarkan keperluan dan kegunaan laptop tersebut.

#2 – Kualiti Skrin

Pengguna akan menatap skrin komputer riba (laptop) dalam masa yang lama. Laptop selalunya digunakan selama berjam-jam lamanya. Maka, kualiti skrin laptop perlu diberi perhatian.

Pada masa ini, skrin sentuh sangat biasa dan dapat membantu pengguna membuat tugasan kerja lebih mudah. Beberapa jenama memasukkan ciri ini sebagai standard. Ada juga antara jenama laptop yang meminta sedikit caj bayaran tambahan untuk fungsi ini. Malangnya, memilih skrin sentuh kadang-kadang dapat menambahkan kilauan pada paparan skrin hingga boleh menyebabkan mata rasa kurang selesa.

#3 – Kualiti Keyboard

Untuk sesi menaip yang panjang, pengguna perlu mendapatkan komputer riba yang mempunyai papan kekunci yang selesa untuk digunakan. Ketika sedang memilih laptop, pastikan cuba petik keyboard laptop tersebut untuk tahu sama ada diri rasa selesa atau tidak.

#4 – CPU

Memang ramai pengguna laptop yang tidak mahir tentang perincian teknikal. Tapi pengguna masih boleh melihat pada pelekat yang terpampang di komputer riba tersebut. Antara pelekat yang selalu diletakkan Core i3, Core i5, dan Core i7.

Ada juga antara laptop yang menggunakan Intel Core i9. Komputer riba yang menggunakan processors i9 Core lebih hebat daripada komputer riba yang menggunakan pemproses i7 Core dan sebagainya.

#5 – RAM

Apa itu RAM dan apa pentingnya untuk kerja laptop? Maksud RAM ini adalah Random Access Memory. RAM berfungsi sebagai tempat penyimpanan data. Semakin besar saiz RAM bermakna semakin luas tempat untuk menyimpan data di dalam laptop tersebut.

Antara saiz RAM yang ada pada sesebuah laptop adalah 4GB, 8GB,16GB, 32GB dan seterusnya. Ambil tahu saiz RAM adalah salah satu tips beli laptop yang bagus untuk kerja guru dan student pelajar universiti.

#6 – Bateri

Setiap pengguna perlu tahu dimanakah kedudukan bateri untuk sesebuah laptop yang ingin di beli itu. Perlu tahu juga cara untuk menjaga bateri dengan pengunaan yang betul supaya jangka hayat bateri ini lebih tahan lama.

#7 – USB 3.0

Jangan lupa untuk lihat bahagian USB pada laptop yang ingin di beli. Jika laptop itu hanya satu port USB 3.0, anda mungkin perlu membeli komputer riba yang lain. Cari laptop yang mempunyai sekurang-kurangnya beberapa port USB 3.0 ini supaya mudah untuk menggunakan laptop tersebut untuk pelbagai kegunaan bersama gadjet yang lain.

Apakah Ada Jenama Laptop Terbaik Dan Murah Untuk Pelajar?

Laptop tidak sama harganya. Ada laptop yang agak murah dan ada laptop yang dijual dengan harga mahal. Paras harga normal untuk jenama laptop terbaik dalam anggaran RM1000.

Banyak jenama laptop terbaik untuk pelajar seperti :

  • MSI Thin GF63 9SC-892X
  • Acer Aspire 5 A514-52G-52
  • HP Apple Macbook Pro with Touch Bar
  • ACER Aspire E15 E5-576G
  • Lenovo Ideapad 330s-14IKB 81F40191MJ
  • Dell XPS 13 (9370) Ultrabook UHD Notebook
  • Microsoft Surface Pro 7
  • ACER Swift 5 SF514-54T-52AS dan lain-lain lagi.

Info lanjut berkaitan jenis laptop untuk di beli, boleh rujuk DI SINI

Tips Beli Laptop Hanyalah Panduan, Kuasa Membeli Tetap Ditangan Anda!

Selain sesuai untuk pelajar, jenama laptop di atas juga sesuai untuk kegunaan urusan kerja guru-guru. Tips beli laptop yang bagus untuk kerja, sebelum beli adalah lebih baik untuk ‘mengenali’ dengan lebih jelas fungsi dan hala tuju laptop tersebut.

Tanya diri sendiri apakah laptop itu sesuai untuk kegunaan urusan kerja sendiri sebelum terus membelinya. Tujuan membeli laptop untuk mudah di bawa ke mana saja maka ambil tahu juga saiz dan beratnya.

Buat sedikit kajian perbandingan dahulu sebelum membeli laptop. Sebaiknya buat perbandingan pada beberapa buah kedai dulu supaya benar-benar berpuashati dengan keputusan yang telah di buat nanti.

Itulah serba sedikit panduan memilih laptop yang baik. Kami tak mampu membuat keputusan bagi pihak anda untuk beli laptop yang mana satu. Tapi kami sedia memberi tips beli laptop yang terbaik untuk anda jadikan sebagai panduan.

Jika ditakdirkan rosak, jangan stress! Kedai baiki komputer seperti Techouz sentiasa ada di sini untuk membantu. Kami juga sentiasa sedia memberikan servis yang terbaik andai satu masa laptop yang di beli ada masalah dan perlu dibaiki.

Artikel Menarik Lain :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BOOK NOW!