Tips Penjagaan Laptop Untuk Elakkan Dari Serangan Virus

Barangan IT
4 Lubuk Barangan IT Yang Boleh Anda Pilih Di Selangor
30 Jun 2021
Laptop Mati
4 Sebab Laptop Mati Secara Tiba-Tiba
01 Jul 2021
Penjagaan Laptop

Setiap pengguna laptop, wajib tahu cara penjagaan laptop yang betul. Ini kerana, laptop amat penting dalam memudahkan urusan berkaitan kerja.

Jika laptop tersebut rosak, ia sudah pastilah satu perkara yang boleh memeningkan kepala kita dang mengganggu serta boleh merencat kerja kita. Ini kerana, tanpa penjagaan laptop yang betul, ia boleh menyebabkan pelbagai kerosakan yang serius kepada laptop kita dan salah satu masalah serius yang bakal anda hadapi ialah, laptop di serang virus.

Tips Penjagaan Laptop Untuk Mengelakkan Dari Di Serang Virus

Justeru itu, setiap dari kita yang menggunakan laptop atau PC perlu tahu cara penjagaan laptop yang betul supaya dapat mengelakkan dari laptop kita dari di serang virus. Ini kerana, jika laptop di serang virus, ia akan merosakan dokumen yang ada di dalam laptop. Salah satu kesan apabila laptop di serang virus adalah seperti segala file di dalam laptop kita tidak dapat di buka.

Terutama sekali file penting yang mengandungi segala kerja-kerja penting anda. Jika file ini hilang atau tidak boleh di buka, ia sudah sudah pastilah akan memberikan kesukaran buat kita. Untuk mengelakkan dari perkara sebegini terjadi, ada beberapa tips penjagaan laptop yang perlu anda tahu. antaranya ialah:

1- Jangan Memasang Sebarangan Aplikasi Atau Software yang Tidak Disahkan Selamat

Install sebarangan aplikasi atau software yang tidak tahu status keselamatanya merupakan salah satu punca utama penyebaran virus ke dalam komputer. Justeru itu, untuk install sebarang aplikasi atau software di dalam laptop, pastikan install yang original sahaja.

2- Jangan Gunakan Sebarangan Pendrive Atau USB

Selain itu, tips penjagaan laptop yang seterusnya yang perlu anda elakkan ialah, jangan menggunakan sebarangan pendrive atau USB terutama sekali yang tidak di scan dengan menggunakan antivirus. Ini kerana, USB dan pendrive boleh menjadi salah satu tempat penyebaran virus. Jadi, bila pendrive tersebut di gunakan pada laptop, ia juga akan menyebabkan laptop anda turut terkena virus yang seterusnya boleh merosakkan laptop anda.

Baca Juga: Sebab Skrin Laptop Rosak & Cara Menjaganya

3- Jangan Buka Laman Web Yang Tidak Sah

Tips penjagaan laptop yang seterusnya ialah jangan sesekali melawat atau melayar laman web yang diragui atau muat turun (download) fail yang tidak sah (illegal). Ini kerana peluang untuk dijangkiti oleh virus atau malware adalah tinggi dan ia boleh menjadi punca laptop anda diserang virus. Jika anda perlu melayari laman web sebegini, pastikan laptop anda mempunyai pelindungan dari seragan virus dan malware.

4- Install Antivirus

Penjagaan laptop yang seterusnya ini adalah aamat penting dan perlu ada bagi semua laptop. Setiap kali membeli laptop sama ada laptop baru atau laptop lama, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan install antivirus terlebih dahulu. Ini kerana, ia boleh menjadi benteng buat laptop kita dari di serang virus. Bukan itu sahaja, ada sesetengah antivirus akan memberi notifikasi jika laptop kita di serang virus yang seterusnya kita perlu scan laptop kita dan buang segala virus yang terdapat di dalam laptop. Tindakan awal sebegini amat penting untuk mengelakkan dari laptop merebak semakin banyak yang seterusnya boleh memberi kesan yang lebih buruk kepada laptop dan boleh menyebabkan ia rosak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BOOK NOW!