5 Tips Penjagaan Laptop Yang Sangat Penting

Repair Laptop Pejabat KL, Cepat Murah dan Ada Runner
16 Apr 2021
Cara Lajukan Laptop, 5 Kaedah Cepat Dan Mudah
01 Jun 2021

Tips Penjagaan Laptop- Laptop antara gadjet yang sangat penting pada masa kini. Ia dapat membantu kita dalam memudahkan bagi mereka yang bekerja dan belajar. Tips jaga laptop seharusnya kita semua ambil tahu untuk kebaikan bersama.

Ini kerana, dengan adanya laptop ia dapat membantu kita dalam melakukan kerja-kerja berkaitan online dan menaip dan sebagainya. Jika tidak ada laptop ia mungkin akan sedikit menyukarkan kita. Tambahan pula, laptop mudah di bawa ke mana-mana sahaja kerana saiznya yang agak kecil dan tidak terlalu berat dan mudah di simpan di dalam bag untuk anda bawa ke mana-mana sahaja. Justeru itu, sudah pastilah kita perlu memastikan laptop kita berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang masalah supaya memudahkan kita untuk melakukan sebarang urusan secara online. Jadi, anda perlu tahu tips penjagaan laptop yang betul.

Ada Beberapa Tips Penjagaan Laptop Yang Sangat Penting Dan Wajib Anda Tahu

Bila laptop kita rosak, sudah pastilah ia akan membuatkan kita pening kepala. Mana tidaknya, ia bukan sahaja boleh membuatkan segala kerja dan tugasan menjadi tertangguh tetapi juga boleh menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan kos yang besar untuk membaikinya.

Tips Penjagaan Laptop

Jadi, untuk mengelakkan dari semua ini berlaku, kami sarankan supaya anda menjaga laptop dengan baik. Ada beberapa tips penjagaan laptop yang sangat penting dan wajib anda tahu. Antaranya ialah:

1- Pastikan Laptop Anda Mempunyai Pengudaraan Yang Baik

Tips penjagaan laptop yang pertama ini adalah sangat penting bagi semua pemilik laptop. Pengudaraan yang baik amat penting buat sesebuah laptop terutama sekali jika anda mengunakan perisian laptop yang berat. Ini kerana, laptop akan mengeuarkan haba yang panas dari laptop supaya laptop anda berada dalam keadaan yang sejuk dan tidak merosakkan komponen dalaman laptop anda. Biasanya, laptop yang mempunyai perisian yang berat, ia akan menjadi cepat panas. Justeru itu, kipas yang ada pada laptop tersebut dapat membantu menyejukkan laptop dan mengeluarkan haba panas.

2- Jangan Letakkan Sebarang Objek Di Screen

Tips penjagaan laptop yang kedua ialah berkaitan screen laptop. Sewaktu hendak melipat laptop anda, pastikan tidak ada sebarang objek yang tajam di atas keyboard laptop. Ini kerana, jika objek tersebut terkena pada skrin laptop anda sewaktu melipat laptop, ia boleh merosakkan skrin laptop. Selain itu, sewaktu mengangkat laptop anda, elakkan dari memegang dan menekan skrin laptop anda. Ini juga boleh menjadi salah satu punca skrin laptop anda rosak. Bila skrin laptop anda rosak, makan siap sedialah untuk wang anda melayang kerana harga untuk membaiki skrin laptop boleh dikatakan agak mahal.

Baca Juga: https://blog.techouz.com/repair-laptop-pejabat/

3- Jangan Makan Dan Minum Berdekatan Laptop

Tips penjagaan laptop yang seterusnya ini Ramai yang selalu melakukan perkara sebegini berdekatan dengan laptop. Tidak salah hendak makan atau minum berdekatan dengan laptop anda tetapi ia mempunyai risikonya yang tersendiri. Terutamanya apabila air tumpah atas laptop anda. Jadi, elakkan dari melakukan perkara sebegini dan kami menyarankan supaya anda memakai cover keyboard untuk mengelakkan dari berlaku tumpahan air yang seterusnya boleh merosakkan laptop anda.

4- Pasang Antivirus Pada Laptop Anda

Tips penjagaan laptop yang terakhir ini juga sangat penting bagi sesebuah laptop dan pc. Antivirus dapat mengelakkan dari laptop anda di jangkiti virus yang bukan sahaja boleh merosakkan laptop atau pc anda tetapi juga boleh dari dokumen dalam laptop anda hilang terutama sekali dokumen penting. Seeloknya gunakan antivirus original supaya ia tidak memberi kesan buruk pada laptop anda.

Itulah serba sedikit info berkaitan tips penjagaan laptop yang boleh dipraktikkan. Menjaga laptop bukannya sukar seperti mana yang dibayangkan. Susah lagi jika laptop rosak hingga perlu dibaiki. Seeloknya, sentiasa amalkan tips jaga laptop yang elok untuk panjangkan jangka hayat komputer supaya wang dapat lebih dijimatkan.

Nak dapatkan tips berkaitan penjagaan laptop? Jom like FB Page Techouz.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BOOK NOW!